Kabar dari Malaysia....
PEKAN (Pahang) - Ribuan penduduk negeri ini menyerbu Muzium Negeri Pahang kelmarin untuk melihat makhluk aneh yang ditemui seorang nelayan Isnin lalu dan disimpan di muzium tersebut.
Makhluk setinggi sekitar 15 sentimeter itu dimasukkan dalam botol serbuk minuman bersaiz 980 gram.Tubuh makhluk itu kehijau-hijauan dengan matanya merah saga, dan diselimuti kain hitam serta diikat dengan tali putih. Makhluk itu dijumpai dalam botol tersebut di Pantai Balak, Kuala Pahang, oleh seorang nelayan, Encik Ahmad Affandi Abdul Rahim, 22 tahun, dari Kampung Marhum, yang kemudian menyerahkannya kepada Muzium Negeri Pahang.
Saya tidak berani membuka penutup botol tersebut kerana bimbang sesuatu yang buruk mungkin berlaku,' katanya.Tidak lama kemudian, seorang lelaki mengambil botol tersebut dan membuangnya di kawasan tanah perkuburan berhampiran. Bagaimanapun keesokannya, Encik Ahmad Affandi mengambil semula botol tersebut dan menyerahkannya kepada seorang bomoh.
Bomoh itu, Encik Ismail Omar, 94 tahun, berkata beliau membuka botol itu dan mendapati makhluk itu masih hidup selepas membaca jampi serapah.Sementara itu, orang ramai yang membanjiri pekarangan Muzium Negeri Pahang selepas 12 tengah hari kelmarin hampa kerana mereka tidak berpeluang melihat makhluk tersebut dari dekat apabila pihak muzium bertindak membuang semula botol dan makhluk itu ke laut.
Seorang pengunjung dari Bentong, Encik Azman Mohamad, yang datang semata-mata untuk melihat makhluk itu berkata pihak muzium tidak sepatutnya membuangnya kerana ia boleh menjadi tarikan orang ramai ke muzium itu.
by : Kaito - IndoForum Beginner D
Saturday, April 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment